semalam ada kelas jd xdptlah nk dga yg awal2..kbetulan pulak kelas pun abis lmbat...jd aku juga x ketinggalan bertanya kepada sesiapa yg aku kenal untuk bertanya tntg ceramah...aku rasa kehangatan bahang PRK semakin dekat..aku percaya pasti ada sinar baru untuk akn dtg nnti..ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA..Ceramah umum yang bertajuk SPKG apa kata mahasiswa?? ini telah membariskan pemidato-pemidato dari kalangan mahasiswa sendiri iaitu terdiri daripada sdr Sarfarizmal(Tim Pres PMUKM),sdr Hafiz Razak dan sdr Syafiq Aziz. Tetapi agak mengecewakan bila mana sdr Sarfarizmal tidak tampil ke pentas pada malam itu walaupun nampak kelibat beliau sekitar tempat ceramah.
Ceramah diteruskan dengan pemidato yang ada sdr Hafiz Razak dan Sdr Syafiq, dan pengerusi majlis menjemput seorang wakil siswi bagi menggantikan tempat Sarfarizmal pada malam itu.
Menurut seorang mahasiswa yang hadir pada malam itu “program sebegini perlu diteruskan bagi melihat mahasiswa mampu untuk bercakap dihadapan pada masa akan datang, dan saya agak kecewa dengan ketidakhadiran sarfarizmal kerana beliau merupakan pimpinan PMUKM” ujarnya.
Manakala seorang mahasiswa tahun satu ketika ditemui menjelaskan“ saya datang ni mahu dengar apa itu SPKG, sebab saya sendiri tidak jelas apa itu SPKG, tambahan sekarang ramai sangat yang merungut tentang perkara ini” jelasnya yang merupakan penghuni kolej Aminuddin Baki.









0 comments:
Post a Comment