BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 13, 2010

CeraMah UmuM SPKG MerIAH..

semalam ada kelas jd xdptlah nk dga yg awal2..kbetulan pulak kelas pun abis lmbat...jd aku juga x ketinggalan bertanya kepada sesiapa yg aku kenal untuk bertanya tntg ceramah...aku rasa kehangatan bahang PRK semakin dekat..aku percaya pasti ada sinar baru untuk akn dtg nnti..ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA..

Bangi-12Jan,

Pusanika-Ceramah umum yang dianjurkan pada malam tadi mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada mahasiswa dianggarkan mencecah 350 orang lebih. Kehadiran mahasiswa yang ramai menunjukkan sikap mahasiswa yang sebenar bagi mendengar dan melihat. Kelihatan pegawai keselamatan yang agak ramai juga memeriahkan suasana.

Ceramah umum yang bertajuk SPKG apa kata mahasiswa?? ini telah membariskan pemidato-pemidato dari kalangan mahasiswa sendiri iaitu terdiri daripada sdr Sarfarizmal(Tim Pres PMUKM),sdr Hafiz Razak dan sdr Syafiq Aziz. Tetapi agak mengecewakan bila mana sdr Sarfarizmal tidak tampil ke pentas pada malam itu walaupun nampak kelibat beliau sekitar tempat ceramah.

Ceramah diteruskan dengan pemidato yang ada sdr Hafiz Razak dan Sdr Syafiq, dan pengerusi majlis menjemput seorang wakil siswi bagi menggantikan tempat Sarfarizmal pada malam itu.

Menurut seorang mahasiswa yang hadir pada malam itu “program sebegini perlu diteruskan bagi melihat mahasiswa mampu untuk bercakap dihadapan pada masa akan datang, dan saya agak kecewa dengan ketidakhadiran sarfarizmal kerana beliau merupakan pimpinan PMUKM” ujarnya.


Manakala seorang mahasiswa tahun satu ketika ditemui menjelaskan“ saya datang ni mahu dengar apa itu SPKG, sebab saya sendiri tidak jelas apa itu SPKG, tambahan sekarang ramai sangat yang merungut tentang perkara ini” jelasnya yang merupakan penghuni kolej Aminuddin Baki.

SPKG merupakan sistem yang lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kolej dan dimasukkan dalam pointer pelajar. Perkara yang sering dipertikaikan ialah cara penilaiannya, jika di kolej penilai terdiri daripada felo-felo kolej berkenaan dan ini menimbulkan kesangsian dalam ketelusan penilaian dikalangan mahasiswa

0 comments: