BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

...Bulan Ini Bulan Cinta..

Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

A Letter From A Christian to Muslim Women

I see you as precious gems, pure gold, or the “pearl of great value” spoken of in the Bible (Matthew 13: 45). All women are pearls of great value, but some of us have been deceived into doubting the value of our purity.

Jesus said: “Give not that which is holy unto the dogs, neither cast your pearls before swine, lest they trample them under their feet, and turn again and rend you” (Matthew 7: 6).

Our pearls are priceless, but they convince us that they’re cheap. But trust me; there is no substitute for being able to look in the mirror and seeing purity, innocence and self-respect staring back at you.

The fashions coming out of the Western sewer are designed to make you believe that your most valuable asset is your sexuality. But your beautiful dresses and veils are actually sexier than any Western fashion, because they cloak you in mystery and show self-respect and confidence.

A woman’s sexuality should be guarded from unworthy eyes, since it should be your gift to the man who loves and respects you enough to marry you. And since your men are still manly warriors, they deserve no less than your best.

Our men don’t even want purity anymore. They don’t recognize the pearl of great value, opting for the flashy rhinestone instead. Only to leave her too!

Your most valuable assets are your inner beauty, your innocence, and everything that makes you who you are. But I notice that some Muslim women push the limit and try to be as Western as possible, even while wearing a veil (with some of their hair showing).

Why imitate women who already regret, or will soon regret, their lost virtue? There is no compensation for that loss.

You are flawless diamonds. Don’t let them trick you into becoming rhinestones. Because everything you see in the fashion magazines and on Western television is a lie. It is Satan’s trap. It is fool’s gold.

A Woman’s Heart

I’ll let you in on a little secret, just in case you’re curious: pre-marital sex is not even that great. We gave our bodies to the men we were in love with, believing that that was the way to make them love us and want to marry us, just as we had seen on television growing up.

But without the security of marriage and the sure knowledge that he will always stay with us, it’s not even enjoyable! That’s the irony. It was just a waste. It leaves you in tears.

Speaking as one woman to another, I believe that you understand that already. Because only a woman can truly understand what’s in another woman’s heart. We really are all alike.

Our race, religion or nationalities do not matter. A woman’s heart is the same everywhere. We love. That’s what we do best. We nurture our families and give comfort and strength to the men we love.

But we American women have been fooled into believing that we are happiest having careers, our own homes in which to live alone, and freedom to give our love away to whomever we choose. That is not freedom. And that is not love.

Only in the safe haven of marriage can a woman’s body and heart be safe to love. Don’t settle for anything less. It’s not worth it. You won’t even like it and you’ll like yourself even less afterwards. Then he’ll leave you.


Self-Denial

Sin never pays. It always cheats you. Even though I have reclaimed my honor, there’s still no substitute for having never been dishonored in the first place.

We Western women have been brainwashed into thinking that you Muslim women are oppressed. But truly, we are the ones who are oppressed; slaves to fashions that degrade us, obsessed with our weight, begging for love from men who do not want to grow up.

Deep down inside, we know that we have been cheated. We secretly admire and envy you, although some of us will not admit it.

Please do not look down on us or think that we like things the way they are. It’s not our fault. Most of us did not have fathers to protect us when we were young because our families have been destroyed. You know who is behind this plot.

Don’t be fooled, my sisters. Don’t let them get you too. Stay innocent and pure. We Christian women need to see what life is really supposed to be like for women. We need you to set the example for us, because we are lost. Hold onto your purity.

Remember: you can’t put the toothpaste back in the tube. So guard your “toothpaste” carefully! I hope you receive this advice in the spirit in which it is intended: the spirit of friendship, respect, and admiration.

From your Christian sister 'with love'.


Wednesday, February 3, 2010

PRK UKM.."PENGETUA GAGAL BAGI PENJELASAN"

ALHAMDULILLAH bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurninnya dapatlah saya memetik artikal ini untuk ditatap oleh sahabat2 semua..inilah yang berlaku di bumi UKM..penyelewengan yang secara terang2an tanpa ada rasa bersalah dalam diri mereka langsung xda sekelumit insaf ataupun sedar dengan perlakuan mereka..mereka yang memperkotak-katikkan mahasiswa...bukn mereka mahukan kesenangan tetapi hanya mahukan keadilan dan bukan penipuan...mereka bersusah payah untuk mncari kebenaran dan akhirnya sudahpun membuktikan penyelewengan mereka...tetapi apa yang mereka dapat hanyalah ketakutan pihak yang x bertanggugjawab dan mempermainkan suara mahasiswa...bersembunyi dalam kebatilan tanpa rasa bersalah...sedarlah wahai PENTADBIRAN dan KONCO-KONCONYA...jgn KAU bermain dengan suara mahsiswa dan yang teranaiya...INGAT suara mereka bergegar hingga ARASY ALLAH...

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kesal dengan keengganan pengetua-pengetua kolej kediaman yang bertindak sebagai ketua pusat undi dalam pilihanraya kampus (PRK) minggu lalu untuk mengadakan sesi dialog berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam tempoh pembuangan dan pengiraan undi.

Seorang jurucakap Pro-M UKM berkata, meskipun pihaknya telah membuat desakan agar pengetua-pegetua kolej yang didakwa melakukan penyelewengan memberikan penjelasan,namun mereka enggan berbuat demikian tanpa sebarang alasan.

"Apa yang Pro-M kesalkan, kita mintak diadakan sesi dialog dengan pengetua-pengetua kolej, tapi mereka tidak mahu buat.

"Kita bukan mengharapkan sangat pun dari sudut menang dan sebagainya tapi kita nak berdialog dengan pengetua-pengetua kolej yang banyak buat penyelewengan.Kita nak dengar penjelasan daripada mereka.Itu matlamat utama kita," kata sumber berkenaan ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Pro-M mendakwa, Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di beberapa kolej kediaman melakukan kesalahan sepanjang tempoh pembuangan dan pengiraan undi di kolej-kolej bertujuan memenangkan calon Aspirasi.

Hampir semua kolej kediaman dikesan melakukan penyelewengan antaranya Kolej Keris Mas, Kolej Burhanuddin Hilmi, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej Ibrahim Yaakob, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibu Zain, Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Dato’ Onn.

Di Kolej Ungku Omar sebagai contoh, Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri dan nombor matrik yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh calon dan wakil calon secara terhormat kepada pengetua yang bertindak sebagai ketua pusat undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009.

Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Calon dan wakil calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh pengetua berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun.

Tindakan ini juga tegas Pro-M, jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1. Hal ini kerana perkara ini tidak berlaku sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang rata rata pengundinya adalah tinggal di luar kampus.

Pihak Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej bersama beberapa kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” pula bertindak mengedarkan senarai nama-nama calon kepada pelajar-pelajar tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Merujuk Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009,larangan memancing undi di dalam dan di sekitar tempat mengundi. Pelajar tidak boleh memancing undi di dalam dan sekitar tempat undi.Walaupun perkara ini telah dibantah calon dan wakil calon,namun perkara ini masih berlaku dan mereka pula dimarahi apabila membuat bantahan.

Sekumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” dilihat cuma mewujudkan pondok panas diluar pusat pengundian sebagai usaha meraih undi daripada pengundi pengundi terutamanya pelajar Tahun 1. Tindakan ini dilihat member tekanan kepada pengundi pengundi terutamanya palajar pelajar Tahun 1. Perkara ini bertentangan dengan Peraturan 48(3)(a) dan (b) yang mana larangan kepada mewujudkan pondok pondok panas dan usaha meraih dan merayu undi.

Sehubungan itu, Pro-M semalam menghantar surat bantahan kepada Jabatan Perkhidmatan Pelajar berhubung aduan itu dan pihak pentadbiran berjanji akan mengeluarkan keputusan rasmi pada jam 5 petang ini.

Sebelum ini, pihak pentadbiran berjanji untuk mengeluarkan keputusan rasmi semalam namun tidak berbuat demikian atas alasan Pro-M tidak melakukan prosedur bantahan yang betul.

Usaha Pro-M untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik (TNC HEPA) Prof.Dato Dr.Mohamad Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan beliau juga masih gagal.

"Usaha kita untuk berjumpa denga TNC HEPA pun masih belum berjaya.Kita sudah tunggu di pejabat beliau, kena marah dengan pegawai, kena tengking walaupun TNC ada dalam bilik beliau," katanya.

Pro-M turut menegaskan, sekiranya pihak pentadbiran masih gagal mengeluarkan keputusan rasmi petang ini seperti yang dijanjikan, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak yang berkaitan.

mereka samkin bersemangat dalam memperjuangkan keadilan...tiada istilah penat dalam menegakkan keadilan dan ketelusan...walaupun kptusan rayuan ditolak dan dibakul sampahkan tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka yang mahukan penjelasan dan bukn dipermainkan...mereka bukan kanak-kanak yang berhingus tetapi mereka adalah pelapis negara yang berintelek dan memperjuangkan hak mahasiswa sehingga persada antarabangsa...berani mnyatakan kebenaran bukn membiarkan kebatilan berkuasa..INGAT ALLAH BERSAMA KITA SEMUA..AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR..TAKBIR!!!