BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

..MUHaSaBah DiRi...


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

LaNGit Dan Rupa-RupaNya BerBeZa..

Dirawikan bahawa;

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat.

Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ

Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)

Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)

Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.

Langit:

- Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya.

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)

Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.

Wednesday, August 19, 2009

--KASIhKU PaDa RamAdHaN--




Ramadhan yang penuh makrifat


Ramadhan ditunggu-tunggukembali menjengah hati


setiap Muslim memekarkan keberkatan dan kebesaranYang Maha Kuasa


Ramadhan yang menyejukkan hatikuyang melembutkan kerasku


yang mendamaikan gelodak rasaku


yang menghilangkan amarahku


yang menghadiahkan penghargaankubuat insan-insan tersayang


yang menambahkan cinta kasihkupada Yang Satu


Ramadhan syarul Syia mberikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan imanjauhkan aku daripada perkara yang dikeji yang mengurangkan keberkatanya


Mutakkabir Ramadhansyarul Qiyammalam-malammu malam terindah dalam hidupmalam-malam yg penuh ibadah


malam-malam yang penuh berkatlalu,


haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi tanpa sujud syukurku pada Ar-RahmanAr-RahimRamadhansyarul


Quranbait-baitmu adalah puisi agungyang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku


patah perkataanmu adalah keajaiban


adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi


yang menjadi pegangankupenunjuk arah dalam langkah perjalananku


yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung


Ramadhansyarul Tarbiyahhari-harimu adalah satu didikan buatku


yang menundukkan egokuyang menghilangkan rasa dendamku


yang menjernihkan segala keruh dihatiku


yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah yang mulia disisi-NyaRamadhansyarul


Jihadpada setiap langkahkusetiap degup nafasku


setiap denyut nadikusetiap detik ingatanku


Islam adalah matahari bagi hatiku


bulan bagi jiwaku


bintang bagi mataku


Ramadhanperjuanganku menggapai solehah baru bermula


pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang


rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu selama mana nafas masih menjadi milikku


YA ALLAHsesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

Friday, June 19, 2009

"Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis"


1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).


10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Monday, June 15, 2009


BINGKISAN KHAS:


Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...


PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”
Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.
Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.
Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)
Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

Thursday, June 11, 2009

TaNdA-TaNda Di LamUn CINTA ILLAHI...



Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.




Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya. Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Tuesday, June 9, 2009

MeNgInTaI RedHA ILaHi..

REDHANYA...


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itujaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu,sebahagian dari iman...

Monday, June 8, 2009

KEloPAK MaWAR..










Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.


Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.





Wednesday, June 3, 2009

PengOrbaNan SEoRaNG IBU..


Ya Allah besarnye dugaan seorang yg bergelar IBU..seorang yg snggup melakukan apa shj a terhadp anknye wlaupun snggup bergadai nyawa sekalipun. Naluri seorang ibu terlalu mahal bgaikan mutiara yg jauh di dasar laut..bukan senaang dn bukan boleh dibeli dgn wang ringgit yng hanya ad pada nilai shj...bgitu mulianya insan yg bergelar IBU..mncurahkan sgala kasih syg tnpa berbelah bahagi..setiap detik wlupun dimana berada...tersentuh wlaupun hnya dengan naluri seorang ibu..ibu mana yg x nk tau tntg anknya waimma haiwan sekalipun..pengorbanan yg sgt besar..Ya Allah andai kite berada ditmptnye sanggupkah kita.??..walauapapun sebagi seorang ibu tidak ad sesiapa yg sanggup melihat anknya dlm kesusahan ataupun keskitan..

RENUNGKANLAH!!...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,
'I LOVE U MOM'.


Monday, June 1, 2009

LuQmAn NulHaKIm BerBicaRA...

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

Akhlak adalah soal yang sangat perlu dititikberatkan dalam didikan ibu dan bapa kepada anak-anak. Antara yang perlu disenaraikan ialah bagaimana cara komunikasi yang baik antara mereka dan orang–orang di sekeliling. Tiada siapa yang suka dirinya dijerit-jerit. Hati mana yang tidak perit bila dihambur dengan nada suara yang kuat sedangkan dia masih boleh mendengar dengan baik dan bukannya tuli.Kisah Luqmanul Hakim telah disebut di dalam al Quran bila mana beliau menasihati anaknya sebagaimana:

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." ( Surah Luqman ayat 19).

Kerana itu juga, para anbiya’ diperintahkan Allah agar berlemah lembut dalam dakwah mereka sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. ( Surah Ali Imran ayat 159)

Demikian juga saranan Allah SWT kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s ketika berdepan dengan kezaliman Fir'aun."Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." ( Surah Taha ayat 44 )


JANGAN AH! OH!“ Kimi, tolong mak angkatkan kain di ampaian luar ye. Nampaknya hari nak hujan," kata seorang ibu kepada anaknya yang sedang asyik mengadap PS2.“ Ah! Mak ni. Tak Nampak orang tengah sengit ‘berperang’ ni,” bantah si anak tanpa sedikit pun menoleh memandang wajah ibu.Hati ibu mana yang tidak sedih bila mendengar anak menjawab dengan perkataan ah! Oh! dan seumpamanya. Jiwa ibu mana yang tidak pedih melihat anak yang diasuh dan dibelai sedari kecil bersikap acuh tak acuh dan kurang ajar kepada dirinya. Semua ini berkait adab dan nilai budi yang diajar di dalam Islam betapa sependek perkataaan ah! dan oh! saja sudah cukup menjatuhkan seorang anak kepada lembah kedurhakaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”


“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ( Surah Al-Isra' ayat 23-24 )
Islam mengajar umatnya berbudi bahasa terhadap orang lain terutama kepada kedua orang tuanya yang telah banyak berjasa mengasuh, membesar dan mendidik anak-anak. Sikap suka meninggikan suara, mengherdik dan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati mereka adalah amat dilarang oleh agama dan disenaraikan sebagai perbuatan yang membawa kepada dosa besar.


Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :“Sebesr-besar dosa (dosa besar) ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.” (Hadis riwayat al-Bukhari).


Perlu diingat bahawa dosa menderhakai ibu dan bapa akan dibalas oleh Allah di dunia lagi dengan azab yang pedih dan menyeksakan.“Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka kepada dua ibu bapa.
Maka sesungguhnya Allah akan segerakan seksaan dan azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.” (Hadis riwayat Thabarani dan Hakim)


Saturday, May 30, 2009

sUsaHnyA MenCaRi IkHlaS...

Keikhlasan nan tercalar

Pabila kesabaran mula menghindar

Lemah dan tunduk tanpa sedar

Bisikan syaitan nan tak pernah pudar

Menawan kalbu hamba nan ingkar

Keikhlasan nan terhakis

Kerana hati tak bisa menangis

Pujukan dan rayumu wahai sang iblis

Ketipisan iman tak bisa menepisLalu…

Lerailah budi,

lenyaplah jasa

Segunung budi selaut jasa

Ganjaran dinanti tak kunjung tiba

Ganjaran melayang di tingkap terbuka

Dosa menerpa di hati bertakhta

Budi dan jasa sia-sia semataIbadat dilaksana jerih segalaAduhai…

Sukarnya mencari keikhlasan

Perit dan getirnya menebal keimanan

Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya

Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah

Kupohon pada-Mu walau dalam payah

Ikhlas itu rahsia Allah

Mudah-mudahan padakuRahmat-Mu tercurah.


Friday, May 29, 2009

TiaDa puTus PaHaLa..Andai AmAlaN Ini....




















Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah,
Ada tiga perkara:


AMAL-JARIAH:

Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan. Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah. Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.


ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK)

Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.


ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN

Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu." Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w. Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.
Asslamualaikum...
Selingan dari ana, ya Allah andai aku x kuat mengharungi dugaan yg kau brikan padaku, kau tolonglah bantu aku ya Allah..setiap kali aku merenung hidup yang bayk cabaran ini..aku menjadi lemah..aku hanya mengharaap redha darimu ya Allah..walupun ak kerdil disisimu aku masih mampu untuk berdoa sesungguhnnya Kau melihat ak yg kerdil ini...Ya Allah ak terlalu bnyk melakukan dosa terhdpmu..wlaupun kau tidak memandangku tp aku tetp memohon apa pun darimu..hanya mahu meminta secebis redhamu Ya Allah..ak x layak jika dibndingkan dgn sesiapa pun..aku percayaa tiada yg sia-sia aku didunia selagi aku tetp kuatkan Hatiku hanya untukmu Ya Allah..
salam ukhuwah..
Masa yg bgitu cepat berlalu..kelas foundation pulak dh tukar lecture..emm rindu la plak dgn madam fauzanita..kesabran dlm die mengajar kami memberi erti yg x pernah mematahkan semagtnye..kagum betul la dgn die..emm msuk dh minggu ke4 dlm pengajaran..xlame lg nk prepair untuk drama la pulak..emm tgh cri idea la ni..huh pening gak la..nk wt skrip lg, nk berlakon lg, byk gk kerenahnye..tp ape pun kite belajar..semua 2 memberi penglamn yg bukn senag dpt..mngjar kmi erti kerjsama antra stu sme lain. grammar pulak madam suh wt sndiri sbb xsmpt nk abskan..lpas ni tukar madam Michi pulak..harap ak mohon jgnla die stict sgt..nnti ak jd down nk blajar..aku doa2 msti die sporting..yela kelas kami kelas happening..dh nk dkt sebulan ak duk short sem ni..byk ak dpt dri madam..yela dulu sek xamik peduli lgsung, bila dh mcm ni baru la nk amik pot..tp ak tetap usha!! pasyak!!... dh masuk 2 taun ak kt ukm..emm mcm byk ilmu yg ak xdpt lg..insyaAllah ak akn cube sebaik yg boleh..pas abis blaja ak TEKAD nak tolong mak dn abah..yela ak ank pertama die..byk tnggugjawab yg ak kne pikul..semua terletak di bahu ak.. dhla mereka yg membesrkan ak dn melahirkan..ak xkn sekali-kali menyakiti mereka..aku tau sbgai anak xd spe yg xpnh wt slah gn mak ayah..ak syp-syp msti cium mak kalu ak ad wt slah time die tidur..ak tau dulu die selalu wt ak cmtu, cume ak xpersn jek..tp skrg ak msti bals segla jase die.. TUNGGU..ak psti tunaikan JNJI ak...I LOVE MY MOTHER N FATHER..pasl jodoh pulak emm ak xtaula..itu semua kerja Allah..DIE yg menentukan segalanya..ak hnya berserah...ak tau Allah telah menjanjikan yg terbaik buatku..cume ak xtau siapa die sebenrnya..Ya Allah ak xsebaik Khadijah untuk Mencri insan semurni Rasulullah..dan x setabah Aisyah untukku mendpt insan sprti Abu bAKar..tetp ak hnye berdoa dn memohon..ak cube sebaik mungkin untuk perbaiki diri yg terlalu dhaif ini Ya Allah..Perncgnmu lebih baik dri segalanya..Ak hanye Ad Mu Ya Allah untuk mengadu segala-sglanya..moge kau perkennkan doaku

Tuesday, May 26, 2009

UjiAn ItU RaHsIA ALLAH S.W.T....Bersabarlah



Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

CiNta DuNiA...Ya ALLAH JauhKAnLah...

Cinta dunia ini..

Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,

Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,

Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini..

Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,

Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,

Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..

Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,

Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,

Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,

Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,

Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,

Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..

Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,

Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,

Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb..

Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,

Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,

Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..

Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,

Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,

Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu. Ya Haadiy..

Kurniakan aku hidayah,

Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,

Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..
Ya ALLAH..

Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,

Ku takut untuk menyintai dunia ini,

Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu...

"Ya Allah Ya tuhan Kami....
janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau;
kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “ (QS. Ali Imran:8)

Wednesday, May 20, 2009

BerMulanya Kelas FounDatioN EnglisH..

kene la plak bli buku sblum g kelas..heheh

first time g kelas Foundation...emm rase mcm tkut la plak...yela nak tau madam garang ke x..kelas ok ke x...student ok ke x...emm semua terbayang di benak fikiran...tp smua jangkaan ku merosot sama sekli...huh lege rase dpt pulak madam OK... she is very nice person.. i am proud of her because she want teach me...pdhal kite xdla pandai sgt Bi...emm usaha tangga kejayaan..PASYAK!!.. go go..emm masuk2 kelas jek mulalah sesi pembelajaran...terkejut la plak madam stiil speaking...no BAHASA in the class.. huu rase mcm nk terkeluar biji mate ni ha..but actuallay dpt melatih kita supye learn BI.. ana mengerti memg x di nafikan kalu x ushe memg xjd mcm madam..kagum btul gn madam..full Bi tu..ape-ape pun untuk kbaikan kite semua...yela skrg kan semua dh pakai BI..so kite msti ikut perkmbangn semasa...nk kate fhm memg fhm tp kite xd vocab yg khusus untuk speaking...so kite xblh nk speaking btul x??? emm memg payah nk blas blik pe yg ditanye pdhl fahm..is yes or no?? fkir2la..tgk2 madam btul ambil bert tntng kami..die mmberi bnyk nasihat..kami pun heppening dlm kels die yela madam xmarah pun kalu kite salh ckp..malah dibetulkan pe yg kita salah..so kt situ dh nmpk madam is good person..jd ana x rase segan untuk belajar..yela kite same2 nk lebih tahu sbb di luar sne lebih memrlukan bI...kalu owg tanye xla duk mengange jek...emm btul gak kn?? pas2 bile plajar luar ngare nk tnye kite pulak lari-lari xmau ditanye...hihih ...lumrah kehidupan..everybody must doing what i say...blaja gn madam x boring pun..tp adklenye gntuk gak yela 4 jm pulak tu...spe tak pent..blik-blik jek tdo..huhuh ps2 lupe..emmm nk kekal ingtan msti ulang semula supye kite learn bi..btul3 kita msti cube wlupun salah...yg penting ad confident..yes is true..kalu xd confident memg xlh buat...emm msuk dh mggu ke3 dlm pemblejrn..byk yg kite dpt..mggu dpn nk present essay pulak..emm so cayok2 and buat yg terbaik k..yg penting CONFIDENT!!!
sepanjang pembelajaran..
Simple past
is formed for regular verbs by adding –ed to the root of a word. Example: He walked to the store. A negation is produced by adding did not and the verb in its infinitive form. Example: He did not walk to the store. Question sentences are started with did as in Did he walk to the store?
Simple past is used for describing acts that have already been concluded and whose exact time of occurrence is known. Furthermore, simple past is used for retelling successive events. That is why it is commonly used in storytelling.

Past progressive
is formed by using the adequate form of to be and the verb’s present participle: He was going to church. By inserting not before the main verb a negation is achieved. Example: He was not going to church. A question is formed by prefixing the adequate form of to be as in Was he going?.
Past progressive is used for describing events that were in the process of occurring when a new event happened. The already occurring event is presented in past progressive, the new one in simple past. Example: We were sitting in the garden when the thunderstorm started. Use is similar to other languages' imperfect tense.

Present perfect simple
is formed by combining have/has with the main verb’s past participle form: I have arrived. A negation is produced by inserting not after have/has: I have not arrived. Questions in present perfect are formulated by starting a sentence with have/has: Has she arrived?
Present perfect simple is used for describing a past action’s effect on the present: He has arrived. Now he is here. This holds true for events that have just been concluded as well as for events that have not yet occurred.
Untuk layari n nk tahu tntg grammar serchla kt cni:-

KonVenSiOn BerAkhirNya Rejim ZioNis

Pada 9 Mei 2009 telah berlangsungya Konvension di PWTC yang bertemakan Konvension berakhirnya Rejim Zionis.seperti mana yang kita tahu israel dan konco-konconya berpakat untuk menghapuskan umat Islam dari pelbagai sudut, pemikiran, hiburan, makanan, filem, dan lain-lain ag yng melalaikan umat Islam..Astaghfirullahhalazim....kita harus bersedia dari pelabagi sudut, Iman, ilmu dan Amal. JGN kita hanya menunggu DAJJAL dan NABI ISA turun tetapi kita langsung tiada apa-apa untuk disumbangkan sekalipun berbentuk DOA...Selamatkan bumi PALESTIN, Bumi Ambia' Para Nabi..Pertumpahan darah di bumi itu merupakan Syahid dicc ALLAH..Perancangan mereka akan datang lebih mencabar dan menjatuhkan umat Islam diseluruh pelusuk Dunia..!!! KHAIBAR-KHAIBAR YA YAHUD...JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD















InFo Palestin Kini...!!!

Senjata Pemusnah Besar-Besaran Israel dipercayai merupakan negara ke-6 didunia dan yang pertama di Timur Tengah yang telah membangun dan mempunyai senjata nuklear.Setelah 40 tahun, Israel masih mengekalkan dasar membisu, dengan tidak pernah membenar atau menafikan sebarang isu berkaitan bekalan bahan-bahan mentah untuk senjata pemusnahnya.Walaubagaimanapun, para penganalisis percaya bahawa Israel mempunyai kira-kira 100-200 kepala senjata nuklear. Israel juga dipercayai mempunyai bekalan bahan untuk senjata kimia dan program senjata biologi yang aktif yang mampu membangunkan beberapa agen senjata pemusnah.Israel mengikut satu policy yang dipanggil ‘kekaburan nuklear’ (nuclear opacity) –bermakna seolah-olah mempunyai senjata nuklear tetapi pada masa yang sama menafikan kewujudannya.BOM ISRAEL: SEJARAHRancangan untuk membangunkan program kajian senjata nuklear telah dibuat setahun setelah terbinanya negara haram Israel pada tahun 1948. Memandangkan kedudukannya yang agak terancam ditengah-tengah jirannya yang bermusuh, bom merupakan sesuatu yang penting untuk keselamatannya.Dalam tahun 1949, saintisnya telah meneroka padang pasir Negev untuk mencari uranium gred-rendah berdekatan Beersheba. Dalam masa yang sama, para pelajar telah dihantar ke luar negara untuk mempelajari kejuruteraan dan fizik atas tajaan kerajaan Israel.Jawantankuasa Tenaga Atom Israel (IAEC) telah ditubuhkan secara rahsia pada tahun 1952 dan diletakkan dibawah seliaan Menteri Pertahanan.Perancis telah memberi bantuan kepada Israel untuk membina reaktor kajian nuklear yang pertama di Dimona, berdekatan Padang Pasir Negev. Namun kemudiannya kerjasama antara 2 negara ini mula timbul masalah apabila Perancis menekan Israel supaya mengumumkan projek ini dan menerima pemeriksa antarabangsa ditapak projek tersebut. Selepas Perancis menarik diri pada awal 1960-an, Israel telah mengoperasikan projek ini secara bersendirian. (Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa kerjasama Perancis-Israel ini masih diteruskan secara rahsia)Untuk menghadapi masalah kekurangan uranium, Israel telah membuat kerjasama dengan Afrika Selatan yang berlangsung sepanjang tahun 1970-an hingga 1980-an. Melalui kerjasama ini Israel akan berkongsi teknologi dan kepakaran untuk membuat “Bom Apartheid”, manakala Afrika Selatan pula akan membekalkan uranium kepada reaktor Israel.Satu letupan nuklear di Selatan lautan Hindi pada tahun 1979 telah dipercayai sebagai satu ujian oleh kerjasama Afrika Selatan-Israel.Israel juga memeperolehi uranium oxide, yang dikenalo ‘kek kuning’ daripada Jerman Barat dan mungkin juga daripada Portugal.Amerika Syarikat pula daripada awal lagi telah terlibat dalam program nuklear Israel dengan melatih saintis-saintis Israel dan membekalkan teknologi termasuk satu reaktor kajian dibawah program “Atom untuk Keamanan” pada tahun 1955.Amerika Syarikat mula tahu akan kewujudan reaktor di Dimona selepas kapalterbang pengintip U-2 merakamkan pembinaannya pada tahun 1958. Israel pada mulanya mendakwa bahawa itu adalah kilang pakaian; namun 2 tahun kemudian perisikan US telah mengenalpasti bahawa kawasan tersebut adalah satu reaktor nuklear. CIA mula menyuarakan kebimbangan bahawa ia adalah sebahagian daripada program senjata pemusnah.Pada bulan December 1960, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion telah memberitahu parlimen Israel bahawa reaktor nuklear sedang dibangunkan hanya untuk “tujuan keamanan”.Setelah enggan untuk membenarkan pemeriksaan antarabangsa, Israel akhirnya mengambil komitmen dengan US untuk menggunakan reaktor tersebut untuk tujuan keamanan dan kemudian membenarkan masuk kumpulan pemeriksa. Pemeriksaan ini bermula pada tahun 1962 dan berterusansehingga 1969. Namun para pemeriksa melaporkan bahawa mereka gagal mendapatkan sebarang bukti program senjata.Namun, secara faktanya, sekarang barulah diketahui bahawa mereka (para pemeriksa) hanya melihat elemen-elemen atas tanah di kompleks Dimona. Struktur-struktur bawah tanah telah disembunyikan semasa pemeriksaan tersebut.Pada awal tahun 1968, Carl Duckett, Pengarah CIA bagi sains dan teknologi telah menyimpulkan bahawa Israel memang mempunyai senjata nuklear. Beliau mengumumkan demikian dalam testimoni yang diberikan kepada Jawatankuasa Undang-undang Nuklear. Duckett berkata bahawa penilaiannya itu dibuat berdasarkan perbualannya dengan Edward Teller, pelopor kepada bom hidrogen yang telah melawat Israel beberapa kali dan menyokong program nuklearnya.Dalam tahun 1969, Presiden Nixon membuat satu perjanjian dengan Perdana Menteri Israel Golda Meir: Amerika Syarikat akan memberhentikan pemeriksaannya dan membutakan mata terhadap program senjata nuklear Israel sekiranya Israel tidak mengumumkannya serta tidak melakukan ujian senjata secara terbuka.

AKHIRNYA TERBUKTI: PENDEDAHAN VANUNU

Program nuklear Israel yang canggih itu telah didedahkan buat pertama kalinya pada tahun 1986 oleh saintis Israel, Mordechai Vanunu. Juruteknik yang telah dibuang daripada Dimona itu telah berjaya menyorok keluar gambar-gambar serta data saintifik berkenaan kompleks tersebut daripada Israel. Sejarahnya telah diterbitkan oleh London Sundat Times.Daripada data tersebut, satu kesimpulan dapat dibuat bahawa Israel telah mengeluarkan plutonium yang cukup untuk 100-200 peralatan nuklear semenjak dimulakan pada tahun 1964 dengan mengambilkira bahawa kapasiti reaktor di Dimona tersebut telah ditingkatkan dan Israel boleh mengeluarkan 10-12 bom nuklear setahun.Vanunu juga telah mendedahkan bahwa satu sistem telah digunapakai untuk menyembunyikan kerja-kerja pengeluaran senjata tersebut daripada pemeriksa Amerika Syarikat: Satu dinding yang ‘tersilap’ bina telah didirikan untuk menyembunyikan lif yang boleh sampai hingga ke tingkat enam (6) di bawah tanah kompleks tersebut dimana plutonium telah dihasilkan dan bahagian-bahagian bom dikeluarkan.Tak berapa lama setelah artikel ini diterbitkan, seorang agen perempuan daripada perkhidmatan perisikan Israel telah menyamar dan menggoda Vanunu serta membawanya dari London ke Rom. Beliau telah diracun, diculik dan dibawa balik ke Israel dan didakwa sebagai pengkhianat oleh mahkhamah keselamatan rahsia. Beliau dijatuhka penjara selama 18 tahun. Vanunu telah dibebaskan pada 21 April 2004 setelah melalui keseluruhan penjara 18 tahun tersebut. Laporan menyebut bahawa Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah mengarahkan Vanunu dikenakan tahanan terhad untuk menyekatkan daripada bebas bergerak.Perkembangan terkini Vanunu boleh diikuti dalam laman web: http://www.vanunu.freeserve.co.uk/

PUSAT PENGELUARAN SENJATA PEMUSNAH ISRAEL

Menurut John Steinbach dalam artikelnya bertajuk “senjata pemusnah Israel: satu ancaman kepada keamanan” beliau menyatakan bahawa “Pusat pengeluaran senjata pemusnah Israel adalah amat jelas lebih besar daripada potensi atau keadaan sebenar yang dimiliki oleh keseluruhan negara-negara Timur Tengah dan ia amat besar melebihi keperluan untuk perlindungan”NUKLEARDianggarkan Israel mempunyai 100-200 ‘nuclear warhead’. Sesetengahnya percaya ia juga terdiri daripada senjata ‘thermonuclear’.Program senjata nuklear Israel berada di Pusat Kajian Nuklear Negev, diluar bandar Dimona. Di Dimona, terdapat reaktor pengeluaran platinum/tritium yang dilakukan dibawah tanah. Ia telah beroperasi sejak tahun 1963 tanpa ada sebarang kawalan daripada badan antarabangsa. Israel tidak berada mengikat perjanjian dalam NPT (Non-Proliferation Treaty).KIMIATiada bukti yang dapat disahkan mengenai pengeluaran senjata kimia walaupun banyak dakwaan tentangnya. Beberapa laporan mencadangkan bahawa program senjata kimia ini terletak di Institut Kajian Biologi Israel di Nes Tziyona.Kemampuan untuk memprosesnya disyaki selepas pelanggaran E1 Al pada bulan oktober 1992 di Amsterdam yang membawa kepada penemuan kira-kira 50 gelen dimethyl methylphosphonate (yang digunakan secara meluas sebagai pengsimulasi dalam kajian pertahanan, namun berkemungkinan sebagai agen gas sarin) yang destinasinya adalah Tel Aviv.Israel telah menandatangi tetapi tidak mengesahkan Konvension Senjata Kimia.BIOLOGITentera Israel didakwa meletakkan racun dalam telaga air masyarakat Palestin dalam perang tahun 1948, namun bukti kekejaman ini sukar untuk disah dan ditentukan.Israel sekali lagi juga enggan menandatangani Konvension Senjata Biologi

ISRAEL DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Bersama-sama dengan Pakistan dan India, Israel merupakan salah satu daripada negara tersebut yang enggan menandatangani perjanjian NPT (Non-Proliferation Treaty), satu perjanjian global yang mensasarkan kepada memberhentikan penularan senjata nuklear melalui pemeriksaan dan sekatan.Persidangan agung PBB dan IAEA telah mengadaptasi 13 resolusi sejak tahun 1987 untuk memujuk Israel menganggotai perjanjian tersebut, tetapi semuanya tidak pernah diendahkan.Israel telah menandatangani tetapi tidak mengesahkan CMC (Chemical Weapons Convention) yang melarang sebarang pembangunan, pengeluaran atau perolehan senjata kimia dan meminta mana-mana negara yang memperolehinya supaya memnusnahkan stok dan kemudahan pengeluarannya.Israel juga tidak menganggotai BMC (Biological Weapons Convention).

Gerakkan ImAn YaNg TiAda PengHujunGnya

Mutiara Kata Secebis Kehidupan..

LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DIBELAKANG HATINYA... NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DIDEPAN HATINYA. " ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKAN. "ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MENGETAHUI KELEMAHAN & KEGAGALAN SENDIRI DARIPADA MENUNDING KESALAHAN KEPADA PIHAK LAIN." RAHSIA HATI SESEORANG IALAH SEDALAM SEBUAH LAUTAN "KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN... TERUSKAN PERJALANAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP..."INGATLAH SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN, DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN. "JIKA DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN, MENGAPA TIDAK KITA BANYAKKAN BEKALAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN?? KERANA KITA CUMA ADA SATU PERSINGAHAN..."JAGALAH DIRIMU BAIK-BAIK, USAHAKANLAH KEMULIAANNYA, KERANA ENGKAU DIPANDANG MANUSIA BUKAN KERNA RUPA TETAPI KERANA KESEMPURNAAN BUDI DAN ADAB."SEBAIK-BAIK KAYA IALAH KAYA HATI, SEBAIK-BAIK BEKAL IALAH TAKWA, SEBURUK-BURUK BUTA IALAH BUTA HATI DAN SEBESAR-BESAR DOSA IALAH BERDUSTA.JANGAN KERANA KEKECEWAAN SEMALAM, KAU LUPAKAN KEBAHAGIAAN HARI ESOK.PENGAKUAN LISAN TAK SAMA DENGAN APA YANG DILAKUKAN NYA.




MENCARI TEMAN SEJATI…..

Mencari teman sejati.Semua orang mencari teman sejati. Teman yang memahami dan dapat berkongsi segala susah, senang, suka dan duka.Teman yang segala-galanya baik dan sempurna untuk didampingi. Mereka tidak akan bersama teman yang nanti boleh mengkhianatinya, membongkar rahsia-rahsianya atau lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Dengan kata lain, manusia samada baik atau buruk perbuatannya pada perspektif umum, akan tetap memilih untuk bersama orang-orang yang baik pada pandangannya.Siapakah Teman Sejati?
Kita sering mencari teman yang bukan sekadar dapat berkongsi sesuatu malah dapat menyelaminya jauh ke dasar makna. Bukan sekadar dapat bersimpati terhadap musibah malah memiliki empati yang sangat halus meresap jiwa. Jauh sekali jika berteman tatkala senang, berenggang tatkala susah.Siapakah agaknya teman sejati? Orang yang bergelar kawan@ sahabat? Dan lebih suka dengan penggunaan istilah SAHABAT. Paling tepat untuk teman sejatai. Sahabat memiliki makna yang cukup dalam dan penuh rahsia. Padanya ada jawapan bagi sebuah keakraban. Mereka yang mendampingi Nabi s.a.w pun digelar sahabat. Ini member maksud yang cukup istimewa dan rapat. Rapat tidak semestinya bergandingan tangan apabila berjalan, namun perhubungan hati yang berbenih ketelusan dan kasih saying.Kata orang pula, kawan dan sahabat tak sama. Betul ke? Kawan, di mana2 pun boleh dapat, asalkan boleh bertegur sapa. Kadang-kadang, hanya bertemu di bus-stop sampuk-menyampuk tentang bus yang lambat datang pun dah boleh jadi kawan yang dapat duduk sebangku di warung kopi. Tapi, bila kita susah, kawan rapat bersentuh bahu pun tak tegur. Kita bagaikan orang asing untuk disapa. Lebih jauh lagi, mereka mengelakkan diri dan tak kurang pula yang menambahkan lagi beban di hati. Maka dapatlah jawapan, Oh….rupanya kawan hanyalah teman untuk ketawa bagi mengisi ruang kosong!!!Kenapa Perlukan Teman Sejati?
Hidup ini tentu sekali membosankan jika tiada teman di sisi. Apatah lagi tanpa teman sejati atau sahabat yang akrab. Teringat pula kisah Nabi Adam a.s semasa di syurga. Keseorangan …dan hidup sunyi walaupun di kelilingi pelbagai kenikmatan di syurgawi. Melihat burung berpasangan, timbullah pula rasa ingin berteman. Padanya lahirnya perasaan rindu. Rindu sebagai satu dorongan yang kuat untuk mendapat seorang teman. Padanya juga lahir perasaan cinta. Cinta yang menzahirkan perasaan yang suci dari lubuk hati. Lantas Allah Maha Mengetahui..Dia telah menciptakan teman bagi Adam a.s dari tulang rusuk kirinya. Tulang yang paling hampir dengan hati (sanubari), tempat terbitnya segala perasaan. Lantas, terciptalah Hawa, wanita sempurna yang memenuhi segala impian Adam a.s. Terubatlah kesunyiannya dan lahirlah keturunannya. Kitalah keturunannya, generasi yang bernama manusia!!!Bagaimanapun, apa yang ingin disampaikan di sini adalah lahirnya teman sejati itu adalah dari ketulusan hatinya sendiri. Sejauh mana kesucian dan ketinggian peribadinya, maka terbitlah teman itu dari pekertinya.


Mencari Teman Sejati?

Bayangkan tatkala kita dalam kesusahan. Paling mudah, kita dalam konflik permasalahan. Tertekan dengan banyak perkara dan memerlukan seseorang di sisi. Siapakah orang pertama yang terbayang di mata kita? Orang yang tatkala mengingatinya saja sudah memberikan kekuatan dan kedamaian pada hati. Orang yang kita anggap paling memahami dan paling dipercayai. Sekurang-kurangnya dapat member sokongan bagi mengatasi kebuntuan diri..Siapakah dia??Mengapa Sukarnya Mencarinya?
“Alangkah susahnya mendapat kawan..” (Dunia Yang Sepi- Hijjaz). Sebenarnya, kita tidak akan menemui teman sejati selagi mana kita tidak pernah menjadi seorang teman yang sejati kepada sesiapapun yang pernah berdampingan dengan kita. Orang lain juga sama seperti kita, mencari teman sejati. Jadi, mereka juga memilih dan berhati-hati. Jadilah teman sejati untuk orang lain , nanti kita akan mendapat teman sejati untuk diri sendiri. Jangan berangan untuk memperolehi teman yang baik jika kita tidak pernah menjadi teman yang baik untuk sesiapa pun. Sifirnya mudah, kita tidak akan dihormati jika kita tak tahu menghormati orang lain. Kita akan mendapat hasil dari benih yang kita tanam.

Bagaimana Mengenali Teman Sejati?

Diangkatnya sekumpulan ummah yang terdahulu sebagai sahabat di sisi baginda Rasulullah SAW adalah sebagai satu penghargaan dari ketulusan rohani dan semangat mereka yang telah sanggup berkorban jiwa dan raganya untuk Allah dan Rasul. Ungkapan “SAHABAT” itu telah menjadi sebegitu besar adalah sejajar dengan peranannya yang bukan sekadar pendamping dengan keriuhan dari keriangan hidup semata-mata malah ianya membawa satu makna sebagai kesanggupan untuk berkongsi kegetiran bersama malah berkorban demi satu jalinan persahabatan yang benar di sisi Tuhan.Manakala apabila kita ingin mengungkapkan makna persahabatan pada seseorang manusia tentu sekali tidak semudah sebutannya malah apabila difikirkan untuk melaksanakannya,ia boleh menjadi begitu rumit pula kerana padanya ada satu amanah yang perlu ditunaikan. Amanah itulah pula yang akan dapat memberikan kebahagiaan abadi jika benar-benar dilaksanakan. Lantas termasuklah mereka dalam kumpulan orang yang dijamin mendapat naungan ‘Arasy di mahsyar kelak kerana mereka adalah orang yang berkasih-kasihan kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Tidak ada pada mereka melainkan nasihat-menasihati demi kebaikan dunia dan akhirat dengan amar ma’ruf wanahi


munkarJawapan Bagi Teman Sejati............

Teman sejati adalah insan yang lahir daripada diri sendiri. Mereka adalah orang yang berada di sekeliling kita. Tidak terbatas oleh jantina atau usia bahkan mereka tidak semestinya sama seperti kita. Mereka mungkin dari kalangan rakan sebaya atau guru, atau juga ibu, ayah, abang, kakak, adik, isteri/suami atau bagi para waliyullah teman sejatinya adalah Tuhan.Paling penting, mereka ada pada rahsia hati. Tatkala bersama, ia bagaikan satu jaminan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kenapa tidak, jika wujudnya bagaikan cahaya yang sentiasa member sinar dalam merentasi kehidupan yang penuh onak dan duri. Nafasnya adalah syariat yang sentiasa bersandarkan kepada Allah dan Rasul. Padanya ada cermin yang dapat memperbetulkan kepincangan diri. Tetap berdiri di atas kebenaran hakiki demi sebuah jalinan diredhai Ilahi. Teman yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada Allah. Teman yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Teman yang tidak menjalinkan hubungan dengan kita atas sesuatu sebab atau demi kepentingan tertentu melainkan semata-mata KERANA ALLAH…