BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 31, 2010

"PRK TERBURUK DI UKM"







Susulan PRK di UKM..Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat."Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi. (Malaysiakini)
Kronologi Perhimpunan..

Perhimpunan berjalan dengan aman demi memberi penjelasan kepada warga kampus mengenai apa yang berlaku sewaktu perjalanan Pilihan Raya Kampus semalam .Kekacauan bermula apabila pihak yang tidak sepatutnya merempuh masuk dan melayan mahasiswa seperti melayan penjenayah
Segalanya tercetus apabila wujudnya kebobrokkan dan penyelewengan yang berlaku ketika diumumkan keputusan PRK UKM semalam (28/1/10). Mahasiswa bukanlah boneka atau 'kuda' yang boleh diperkotak-katikkan dan ditunggangi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya biarlah mahasiswa sendiri yang menyelesaikan perkara ini tanpa melibatkan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Sunday, January 17, 2010

Hari Demi HAri..


Aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniannya ak masih lg bernafas dan masih lg dapat merasa nikmat yang telah Engkau berikan Ya ALLAH..hanya kau sentiasa berada disetiap ruang rongga pernafasanku, pemikiranku dan segenap aspek kehidupanku sebgai seorang insan yang terlalu naif dan kerdil in..Engkau yang sentiasa berada dekat dgnku..Aku tau itu semua memperingtkn aku bhwa tiada siapa yg melainkan ENGKAU yang petut ak serahkan segalannya...ya ALLAH engkau begitu penting bgku waluapapun seperit rintangan yang aku hadapi..semua ini adlah milikmu ya ALLAH...hari ini ak masih lg seorang penuntut ilmumuyang akn menjadi bekalan hidup sepanjag zaman kalau boleh sehinnga ke hujung nyawa sekalipun..ilmu bukn datng bergolek malah kita yang kna mencarinnya walupun hnya sebesar zarah ALLAH tetap menghitungnya...walupun kita merasa diri ini tidak layak dibandingkan dengan sesiapa pun tapi aku pasti di cc ALLAH pasti lebih baik. yg penting kite kna merendahkan diri hnya pdMU ya ALLAH..

semalam hari yang sangt aku tunggu2..yalah aku memg sentiasa terfikir adkah aku smpat pulang walupun skejap untuk melawat nenkku..emm semnjak masuk sem lg aku blum pun lg jenguk2 die..yalah temannya pun hnya kucing ja..walupun hanya kucing tp nk kate dia membawa rezeki yang sangat2 melimpah ruah..emm nk katenye aku pun sbnrnye x suka kucing nih sgt tp aku suka yg cntik2 gebu2 bulunya..baru aku nk pgang..hihihi bila ak teringin sgt nk blik xsangke niat murni aku ni dpt gak pg walupun sekejap..xsangke ALLAH sgt2 mndengar rintihan hmbanya yg kerdil ini..dengan bantuan seorang kwan ak pun dpt jejak ke umh nenk walupun sekejap dptlah mkn , rehat, berbual-bual gn nenk cerita emm smpai ngntuk2 jdinya..ape2pun memg seronok,,pas2 ak teponlah mak yalah rindu gak gn mak..adik aku yang sedang gi PLKN wah balik kang dia pasti kurus..OPs terlepas pulak mulut nih..hihihi maafkan akk ya adikku tp nk wt cmna dah hakikatnya...heeheh terimalah dagn hati terbuka..dah sepetang ak kt sana..so pa lg baliklah emm lgpun ak soknya ada test pulak..yalah baru nk amik lesen sem nih..knj nk praktikal dah..hurmm xsangke aku nk jd cikgu dah betul ke ni?? cm xcye jek aku boleh ngaja..pdhal ntah ape3 ntah lah aku nih..emm alamak smpai kt sini jek ak smpat tulis..tenet cm x ok pulak..tkut tulis byk2 kang tibe2 x connect pulak..heheh..k lah ape pun semoga kita semua dalam rahmat ALLAH..AMIN...

Wednesday, January 13, 2010

CeraMah UmuM SPKG MerIAH..

semalam ada kelas jd xdptlah nk dga yg awal2..kbetulan pulak kelas pun abis lmbat...jd aku juga x ketinggalan bertanya kepada sesiapa yg aku kenal untuk bertanya tntg ceramah...aku rasa kehangatan bahang PRK semakin dekat..aku percaya pasti ada sinar baru untuk akn dtg nnti..ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA..

Bangi-12Jan,

Pusanika-Ceramah umum yang dianjurkan pada malam tadi mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada mahasiswa dianggarkan mencecah 350 orang lebih. Kehadiran mahasiswa yang ramai menunjukkan sikap mahasiswa yang sebenar bagi mendengar dan melihat. Kelihatan pegawai keselamatan yang agak ramai juga memeriahkan suasana.

Ceramah umum yang bertajuk SPKG apa kata mahasiswa?? ini telah membariskan pemidato-pemidato dari kalangan mahasiswa sendiri iaitu terdiri daripada sdr Sarfarizmal(Tim Pres PMUKM),sdr Hafiz Razak dan sdr Syafiq Aziz. Tetapi agak mengecewakan bila mana sdr Sarfarizmal tidak tampil ke pentas pada malam itu walaupun nampak kelibat beliau sekitar tempat ceramah.

Ceramah diteruskan dengan pemidato yang ada sdr Hafiz Razak dan Sdr Syafiq, dan pengerusi majlis menjemput seorang wakil siswi bagi menggantikan tempat Sarfarizmal pada malam itu.

Menurut seorang mahasiswa yang hadir pada malam itu “program sebegini perlu diteruskan bagi melihat mahasiswa mampu untuk bercakap dihadapan pada masa akan datang, dan saya agak kecewa dengan ketidakhadiran sarfarizmal kerana beliau merupakan pimpinan PMUKM” ujarnya.


Manakala seorang mahasiswa tahun satu ketika ditemui menjelaskan“ saya datang ni mahu dengar apa itu SPKG, sebab saya sendiri tidak jelas apa itu SPKG, tambahan sekarang ramai sangat yang merungut tentang perkara ini” jelasnya yang merupakan penghuni kolej Aminuddin Baki.

SPKG merupakan sistem yang lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kolej dan dimasukkan dalam pointer pelajar. Perkara yang sering dipertikaikan ialah cara penilaiannya, jika di kolej penilai terdiri daripada felo-felo kolej berkenaan dan ini menimbulkan kesangsian dalam ketelusan penilaian dikalangan mahasiswa

Isu Pro Israel Kempen Murahan GM : ASPIRASI

Bangi- 12 Jan, Pihak Aspirasi mengeluarkan kenyataan tetang isu berkaitan Pro Israel sebagai kempen murahan GMUKM bagi mendapat simpati pengundi.
Aspirasi juga mendedahkan GMUKM ini rebranding nama yang dulunya dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian ditukar nama kepada MAMPU dan akhir sekali barulah GMUKM seperti yang ada sekarang.

“Strategi pilihanraya yang bankrap dan lapok ini sudah lama di amalkan oleh pelajar yang kononya Pro mahasiswa iaitu sejak ia dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian menukar namanya ke MAMPU dan seterusnya membuat rebranding menggunakan nama GMUKM yang menggunakan warna oren dan sekali lagi menukar kepada warna ungu sebagai warna pilihan. Pihak Aspirasi percaya, para mahasiswa/i yang bijaksana dapat berfikir dengan bijak tentang kempen murahan ini.

Pihak Aspirasi merasa malu dengan sikap pemimpin tersebut menuduh tanpa sebarang bukti, mungkin inilah nilai-nilai murni yang di bawa oleh GMUKM dalam perjuangannya. Pihak Aspirasi mengharapkan politik dan kempen murahan seperti di atas tidak dipraktikkan dalam perjuangan sebagai seorang mahasiswa/i. Pihak Aspirasi memohon agar semua kumpulan bertanding dengan mengamalkan sikap yang bersih dan cemerlang agar nama universiti sentiasa di jaga. Amalan memfitnah, mencaci, ekstrem, jumud, menolak kebudayaan, memaksa nilai terhadap individu lain, memboikot aktiviti yang tidak selari dengan kehendak mereka, sukar berunding dan suka mendemontrasi dan nilai-nilai di luar dari etika dan budaya kita harus dielakkan.

Ini antara kenyataan Aspirasi di dalam blog mereka.

Isu Pro Israel yang dilabelkan kepada GMUKM mendapat mengundang pelbagai pandangan dan pendapat. Disamping kedua-dua belah pihak iaitu Aspirasi dan juga GMUKM menuding jari sesama mereka.

Kehangatan pilihanraya kampus semakin dirasai dengan reaksi kedua-dua belah dalam memenangi hati mahasiswa UKM.




Thursday, January 7, 2010

isu oh isu..KALIMAH AGUNG 'ALLAH'


Majlis Peguam Yakin Isu Penggunaan Kalimah Allah Akan Dapat Diselesaikan

PUTRAJAYA: Majlis Peguam yakin isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, akan dapat diselesaikan, kata Presidennya Ragunath Kesavan.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan pihaknya di pejabat Perdana Menteri di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

"Perdana Menteri memberi jaminan isu tersebut akan dapat diselesaikan. Beliau faham masalah itu dari keduadua belah pihak."Kita tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Najib selama kira-kira setengah jam, di sini.

Antara wakil Majlis Peguam yang lain ialah Naib Presidennya Lim Chee Wee dan Setiausahanya George Varughese.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya turut mencadangkan penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman.

"Sesiapa yang tidak mampu untuk membayar peguam, boleh mendapatkan bantuan melalui yayasan tersebut.

"Berdasarkan statistik, kira-kira 80 peratus orang yang dihadapkan ke mahkamah tidak mempunyai peguam untuk membela mereka. Ia merupakan statistik yang tinggi," katanya.

Beliau berkata Najib memberi jaminan untuk menimbang cadangan penubuhan yayasan itu yang dijangka akan ditubuhkan pada tahun ini.

Selain itu, katanya, fasa pertama projek, Perlembagaanku, telah dilancarkan dua bulan lalu, yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat di negara ini mengenai Perlembagaan Malaysia.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya memohon kerjasama dan bantuan kewangan daripada kerajaan kerana melalui projek itu ia akan memberi kesedaran dan membantu rakyat Malaysia memahami isuisu perlembagaan, hak asasi, kedudukan agama Islam dan sebagainya.

"Perdana Menteri berjanji akan memberi pertimbangan dan mengkaji cadangan itu serta berjanji akan membawa perkara itu ke Kabinet," katanya.

Beliau berkata, turut dibincangkan ialah mengenai badan kehakiman di negara ini yang mula mendapat keyakinan daripada masyarakat.- BERNAMA

Isu Kalimah Allah: Rayuan tidak selesai kontroversi kalimah Allah - Mahathir


Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak akan menyelesaikan kontroversi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyelesaian tidak boleh dicapai menerusi mahkamah kerana ia hanya mengutamakan maksud undang-undang dan tidak mengambil kira sama ada sesuatu perkara itu sensitif atau tidak.

“Undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidak sesuatu perkara atau soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama berlainan. “Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” kata beliau dalam entri terbaru di blognya, www.chedet.co.cc hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, pihaknya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly. Hakim itu memberi alasan gereja tersebut berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Dr. Mahathir, pendapat Kabinet ketika kontroversi itu mula tercetus ketika beliau menjadi Perdana Menteri ialah penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif.

“Perkara sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.”Sebagai perbandingan, agak mudah dirujukkan perkataan ‘kaum pendatang’ kepada mahkamah, tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir melahirkan kebimbangan berhubung kesan buruk daripada keputusan Mahkamah Tinggi itu. “Di dalam Kristian terdapat konsep Trinity yang mana terdapat God the Father, God the Son and The Holy Ghost. “Jika terdapat dalam kitab Injil atau syarahan dalam bahasa Melayu berkenaan ‘Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci’ maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

“Dalam Islam, Allah tidak ada bapa, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa,” tegasnya. Tulis beliau lagi, di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, God is dead (Tuhan telah mati). “Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan Allah is dead (Allah telah mati)?” katanya.

Dr. Mahathir turut mempersoalkan kenapa hanya sekarang kalimah Allah hendak digunakan sedangkan selama ini tidak pernah kedengaran orang Kristian di Semenanjung Malaysia menggunakan perkataan itu apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya berhati-hati dalam menangani isu kontroversi berkenaan supaya Malaysia yang berbilang agama dan aman ini tidak menjadi tegang serta tidak stabil secara berterusan.

Wednesday, January 6, 2010

"GABUNGAN MAHASISWA"


Kenali GMUKM

GMUKM ialah Gabungan Mahasiswa UKM. Merupakan badan persatuan Pro-Mahasiswa yang paling utama di UKM. Bergerak secara komited dan lantang bersuara dalam memperjuangkan kebjikan dan keintelektualan mahasiswa, selain menjadikan Falsafah UKM sebagai dasar perjuangan.

Bangkitlah pejuang bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Meneruskan langkah perjuangan

Suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan

Kentalkan jiwamu kentalkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga tertegak kebenaran

Nyahkan rasa takut dan gentar

Robohkan segala kebatilan

Perjuangan harapan bersama

Untukmu varsiti tercinta

Bangkitlah Pro Mahasiswa!


BERJUANGLAH HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR! WALAUPUN DUNIA HARI INI MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA DAN KEBEBASAN ...TETAPI KAMI DISINI JUGA TIDAK KETINGGALAN UNTUK BERSAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA YANG SEMAKIN DIPIJAK-PIJAK OLEH ORANG YANG BERKUASA TANPA ADA SEKATAN. DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MENGGUNAKAN NAMA MAHASISWA DALAM MENCAPAI HASRAT DUNIAWI....INGATLAH ALLAH TETAP AKN MEMBANTU DAN PASTI ISLAM AKAN MENJULANG DI BUMI UKM SUATU HARI NANTI..TAKBIR!!

SELAMAT TAHUN BARU


Friday, January 1, 2010

"DI AMBANG 2010"














salam kpeada sahabat2 semua..ni sewaktu ak pgi ke KL emm yalah tau2 jelah time nk nyambut tahun baru bermacm2 orang ak jumpa..rasa cm nk lari dari kesesakan dan keseronokan mereka yang hanyut di buai mimpi realiti yang x sepatutnua ak lalui... tetapi bila ak fikir ni bukn ak jek yg fikir tp semua owg berfikir seperti ak yg hadir mlm itu..tp ape pun memg penglaman yg menjadi suatu igauan ngeri tp sebernya ia mmberi kita impak yang besar dalam menjalankan kerja dkwah ni...memang semua owng berfikir "alah ak x layak nk dkwah2 ni" ak pun blum tntu betul lg..fikirlah sahabt2 sekirannya semua orang berfikir seprti itu dah semstinnya tiada siapa yng mahu melaknsakan kerja dkwah ni...kan ad hadis mengatakan BALLIGHU ANNI WALAU AYAT...emm mlm itu ak merasakn semangat yg begitu kuat bila di bndingkan dgn sebelum ini ak takut nk menghadapi dunia yg penuh dgn cbaran..rasa x keseorangan sebb ramai dari Universiti turun untuk bersama2 menjalikn ukhwah dgn remaja2 di luar sana...mula-mula memg rasa tkut tp bila semua bersemangat rase takut 2 tibe2 hilang mlah kita lg mahu dekat dengan mereka yng dahagakan tnjuk ajar..emm nk kate cabaran memag ad..mlm itu sblum ceramah ad wt solat hajat dn baca surah yasin...masing2 menyerahkan diri hanay pd ALLAH..yalah ni lah XPDC yg hebat lg mntap...TAKBIR!!!
dan seterusnya kami di taklimtkan di depan msjid jamik sebelum meneruskn perjalanan ke DATARAN MERDEKA..memg penuh dgn remaja emm x terkecuali dgn membwa keluarga dn anak2 kecil...sedih apalah nasib anak2 kecil yg baru masih nk mngenal dunia sudhpun didedahkan dengan perkara2 sperti itu...mereka dalam mencari identiti...huhuhu

selepas kami mencari mngsa dn berbual dgn mereka semua emm mcm2 kna ada yg kata cmni..." hai ustazah nk dkwah ke??" ak kecut perut terus tp kami wt x tau jek malah kami memberi AIR DN KALENDER kpd mereka..sejurus itu mereka seperti malu dan terus mendiaman diri.. nk tnjuk ALLAH bgitu sygkan umatnya..yang x mahu memechbelahkan apatah lg bermusuh sesama umt manusia..ak tau ini merupakan satu tindakan yg berani bg seseorang muslimat....tetapi ak msti mncari penglaman sebanyak mungkin yg boleh..walau ak tau ia merupakan suatu yang mustahil...sebelum detik 12 mlm kami menyusup masuk ke tengah2 dataran bagi melaungkan TAKBIR dan mengajak belia supaya fhm erti tahun baru dn mengajak remaja sekali melaungkan takbir bersama kami...muslimin meribat keliling kami dgn kuat dn melindungi kami muslimat di tengah2 bagi mengelakkan apa2 berlaku..yalah kn muslimat mnjdi semangat kepada kamu muslimin..kami bekerjasama sebaik mungkin..dn kami RELA di tangkap..hihihi xpa2 itu semua kerja ALLAH..ak pasti ISLAM akan GEMILANG di BUMI..tepat detik jm 12 mlm kami yng di ketuai presiden GAMIS..Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia..oleh Ustaz Idris MPP FPI melaungkan takbir bersama2 dgn muslimin dan kami muslimat melaungkan takbir...Ya ALLAH terasa agungnya ayt2 suci ALLAH pd detik tahun baru walaupun di kelilingi dgn muzik2 yg terlalu bingit dn melalaikan remaja2 sekarang....
AlHAMDULILLAH kami selesai semuannya dengan tidak ada cacat cela sekalipun malah ada remaja2 yg menyokong kami..semoga kita semua dalam keredhaan ALLAH..AMIN..