BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 7, 2010

Isu Kalimah Allah: Rayuan tidak selesai kontroversi kalimah Allah - Mahathir


Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak akan menyelesaikan kontroversi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyelesaian tidak boleh dicapai menerusi mahkamah kerana ia hanya mengutamakan maksud undang-undang dan tidak mengambil kira sama ada sesuatu perkara itu sensitif atau tidak.

“Undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidak sesuatu perkara atau soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama berlainan. “Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” kata beliau dalam entri terbaru di blognya, www.chedet.co.cc hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, pihaknya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly. Hakim itu memberi alasan gereja tersebut berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Dr. Mahathir, pendapat Kabinet ketika kontroversi itu mula tercetus ketika beliau menjadi Perdana Menteri ialah penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif.

“Perkara sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.”Sebagai perbandingan, agak mudah dirujukkan perkataan ‘kaum pendatang’ kepada mahkamah, tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir melahirkan kebimbangan berhubung kesan buruk daripada keputusan Mahkamah Tinggi itu. “Di dalam Kristian terdapat konsep Trinity yang mana terdapat God the Father, God the Son and The Holy Ghost. “Jika terdapat dalam kitab Injil atau syarahan dalam bahasa Melayu berkenaan ‘Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci’ maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

“Dalam Islam, Allah tidak ada bapa, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa,” tegasnya. Tulis beliau lagi, di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, God is dead (Tuhan telah mati). “Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan Allah is dead (Allah telah mati)?” katanya.

Dr. Mahathir turut mempersoalkan kenapa hanya sekarang kalimah Allah hendak digunakan sedangkan selama ini tidak pernah kedengaran orang Kristian di Semenanjung Malaysia menggunakan perkataan itu apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya berhati-hati dalam menangani isu kontroversi berkenaan supaya Malaysia yang berbilang agama dan aman ini tidak menjadi tegang serta tidak stabil secara berterusan.

Wednesday, January 6, 2010

"GABUNGAN MAHASISWA"


Kenali GMUKM

GMUKM ialah Gabungan Mahasiswa UKM. Merupakan badan persatuan Pro-Mahasiswa yang paling utama di UKM. Bergerak secara komited dan lantang bersuara dalam memperjuangkan kebjikan dan keintelektualan mahasiswa, selain menjadikan Falsafah UKM sebagai dasar perjuangan.

Bangkitlah pejuang bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Meneruskan langkah perjuangan

Suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan

Kentalkan jiwamu kentalkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga tertegak kebenaran

Nyahkan rasa takut dan gentar

Robohkan segala kebatilan

Perjuangan harapan bersama

Untukmu varsiti tercinta

Bangkitlah Pro Mahasiswa!


BERJUANGLAH HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR! WALAUPUN DUNIA HARI INI MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA DAN KEBEBASAN ...TETAPI KAMI DISINI JUGA TIDAK KETINGGALAN UNTUK BERSAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA YANG SEMAKIN DIPIJAK-PIJAK OLEH ORANG YANG BERKUASA TANPA ADA SEKATAN. DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MENGGUNAKAN NAMA MAHASISWA DALAM MENCAPAI HASRAT DUNIAWI....INGATLAH ALLAH TETAP AKN MEMBANTU DAN PASTI ISLAM AKAN MENJULANG DI BUMI UKM SUATU HARI NANTI..TAKBIR!!

SELAMAT TAHUN BARU


Friday, January 1, 2010

"DI AMBANG 2010"














salam kpeada sahabat2 semua..ni sewaktu ak pgi ke KL emm yalah tau2 jelah time nk nyambut tahun baru bermacm2 orang ak jumpa..rasa cm nk lari dari kesesakan dan keseronokan mereka yang hanyut di buai mimpi realiti yang x sepatutnua ak lalui... tetapi bila ak fikir ni bukn ak jek yg fikir tp semua owg berfikir seperti ak yg hadir mlm itu..tp ape pun memg penglaman yg menjadi suatu igauan ngeri tp sebernya ia mmberi kita impak yang besar dalam menjalankan kerja dkwah ni...memang semua owng berfikir "alah ak x layak nk dkwah2 ni" ak pun blum tntu betul lg..fikirlah sahabt2 sekirannya semua orang berfikir seprti itu dah semstinnya tiada siapa yng mahu melaknsakan kerja dkwah ni...kan ad hadis mengatakan BALLIGHU ANNI WALAU AYAT...emm mlm itu ak merasakn semangat yg begitu kuat bila di bndingkan dgn sebelum ini ak takut nk menghadapi dunia yg penuh dgn cbaran..rasa x keseorangan sebb ramai dari Universiti turun untuk bersama2 menjalikn ukhwah dgn remaja2 di luar sana...mula-mula memg rasa tkut tp bila semua bersemangat rase takut 2 tibe2 hilang mlah kita lg mahu dekat dengan mereka yng dahagakan tnjuk ajar..emm nk kate cabaran memag ad..mlm itu sblum ceramah ad wt solat hajat dn baca surah yasin...masing2 menyerahkan diri hanay pd ALLAH..yalah ni lah XPDC yg hebat lg mntap...TAKBIR!!!
dan seterusnya kami di taklimtkan di depan msjid jamik sebelum meneruskn perjalanan ke DATARAN MERDEKA..memg penuh dgn remaja emm x terkecuali dgn membwa keluarga dn anak2 kecil...sedih apalah nasib anak2 kecil yg baru masih nk mngenal dunia sudhpun didedahkan dengan perkara2 sperti itu...mereka dalam mencari identiti...huhuhu

selepas kami mencari mngsa dn berbual dgn mereka semua emm mcm2 kna ada yg kata cmni..." hai ustazah nk dkwah ke??" ak kecut perut terus tp kami wt x tau jek malah kami memberi AIR DN KALENDER kpd mereka..sejurus itu mereka seperti malu dan terus mendiaman diri.. nk tnjuk ALLAH bgitu sygkan umatnya..yang x mahu memechbelahkan apatah lg bermusuh sesama umt manusia..ak tau ini merupakan satu tindakan yg berani bg seseorang muslimat....tetapi ak msti mncari penglaman sebanyak mungkin yg boleh..walau ak tau ia merupakan suatu yang mustahil...sebelum detik 12 mlm kami menyusup masuk ke tengah2 dataran bagi melaungkan TAKBIR dan mengajak belia supaya fhm erti tahun baru dn mengajak remaja sekali melaungkan takbir bersama kami...muslimin meribat keliling kami dgn kuat dn melindungi kami muslimat di tengah2 bagi mengelakkan apa2 berlaku..yalah kn muslimat mnjdi semangat kepada kamu muslimin..kami bekerjasama sebaik mungkin..dn kami RELA di tangkap..hihihi xpa2 itu semua kerja ALLAH..ak pasti ISLAM akan GEMILANG di BUMI..tepat detik jm 12 mlm kami yng di ketuai presiden GAMIS..Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia..oleh Ustaz Idris MPP FPI melaungkan takbir bersama2 dgn muslimin dan kami muslimat melaungkan takbir...Ya ALLAH terasa agungnya ayt2 suci ALLAH pd detik tahun baru walaupun di kelilingi dgn muzik2 yg terlalu bingit dn melalaikan remaja2 sekarang....
AlHAMDULILLAH kami selesai semuannya dengan tidak ada cacat cela sekalipun malah ada remaja2 yg menyokong kami..semoga kita semua dalam keredhaan ALLAH..AMIN..



Saturday, November 7, 2009

..MUHaSaBah DiRi...


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

LaNGit Dan Rupa-RupaNya BerBeZa..

Dirawikan bahawa;

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat.

Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ

Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)

Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)

Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.

Langit:

- Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya.

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)

Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.

Wednesday, August 19, 2009

--KASIhKU PaDa RamAdHaN--




Ramadhan yang penuh makrifat


Ramadhan ditunggu-tunggukembali menjengah hati


setiap Muslim memekarkan keberkatan dan kebesaranYang Maha Kuasa


Ramadhan yang menyejukkan hatikuyang melembutkan kerasku


yang mendamaikan gelodak rasaku


yang menghilangkan amarahku


yang menghadiahkan penghargaankubuat insan-insan tersayang


yang menambahkan cinta kasihkupada Yang Satu


Ramadhan syarul Syia mberikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan imanjauhkan aku daripada perkara yang dikeji yang mengurangkan keberkatanya


Mutakkabir Ramadhansyarul Qiyammalam-malammu malam terindah dalam hidupmalam-malam yg penuh ibadah


malam-malam yang penuh berkatlalu,


haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi tanpa sujud syukurku pada Ar-RahmanAr-RahimRamadhansyarul


Quranbait-baitmu adalah puisi agungyang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku


patah perkataanmu adalah keajaiban


adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi


yang menjadi pegangankupenunjuk arah dalam langkah perjalananku


yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung


Ramadhansyarul Tarbiyahhari-harimu adalah satu didikan buatku


yang menundukkan egokuyang menghilangkan rasa dendamku


yang menjernihkan segala keruh dihatiku


yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah yang mulia disisi-NyaRamadhansyarul


Jihadpada setiap langkahkusetiap degup nafasku


setiap denyut nadikusetiap detik ingatanku


Islam adalah matahari bagi hatiku


bulan bagi jiwaku


bintang bagi mataku


Ramadhanperjuanganku menggapai solehah baru bermula


pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang


rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu selama mana nafas masih menjadi milikku


YA ALLAHsesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku