BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 10, 2011

"MalaM teraKhir Ku Mengerti SemuAnya"

xsangke semua kawan2 sporting je mlm tu..meraikan semua sahabt2 tahun akhir..lepas ni msing2 dah buat hal sendiri..tp ku yakin sekiranya "ALUMNI UKM MAMPU" xkn termiss bgitu sje..kita semua kena yakin ukhwah xkn pernh terputus...kami UPTA FPEND akn cube mngekalkan momentum dalam mneruskan uhkwah yg sgt bernilai ini...tetttttttttt malam tu ak dpt berita yg sgt sedih dlm hidup...my grandfather dh kembali kerahmatullah jam 11.15 mlm...selasa 29/3/2011 telah menghembuskan nafsnya yg terakhir..Lidah ku kelu..xterkata apa..ku pulang dgn keadaan sdih skli...ku terus menangis memikirkannya adkah ak smpat pulang...bercelaru fikiran memikirkan adkah ak smpat mmbeli tiket..jm dh mnunjukkn jam 11.45 adkah ak smpat smpai pg di rumah....tiba2 ak dpt col..seorg insn yg sudi mmbntuku...lalu mlm itu ku terus ke KTAM...aisyah menemankan diri ini...smpai jek kurasakan dunia sprti terbalik..hnya fikir smpat ke smpi terminal Bus...sempat ke..sempat ke...

Friday, April 8, 2011

"SeinDah KeLA CAmp~~~Shabat ohh SahabT~~

Kenangan terIndah PipaQ

BerSamA ShabaT-SahabT sperJuangaN

BerSama MNujU Puncak GunuNg

"GrOuP PoYoZZZ"
Ape Pun kowang memang sporting..best dapt kenal semua kawan-kwan dgn lebih dekat..MmbntUk UkHwah yg xmungkin luput dalam Ingatan bersama...^_^VV

"COreTan Hati"


Emmm lama dah x update blog nih..terasa rindu untuk menggerakkan jari-jemari ni dalam menitip seungkap kata-kata yang dapt ditafsir dlam apa jua skalipun...xpandai diri ini untk berkata-kata..malah xseindah sang penulis terkemuka..hanya untk tatapn diri dalam mencipta kengan bersma...

Sekali lagi Aku mendengar kisah seorang sufi yang aku kagumi sejak kecil,

Pernah aku bermimpi menjadi bidadari dunia sepertinya,

Yang Hidupnya demi kecintaan yang membara terhadap Pencipta-Nya,

Tangisnya kerana cinta dan rindu untuk bertemu dengan-Nya,

Setiap perbuatannya adalah bukti kecintaan demi Tuhannya,

Rindunya adalah dendam terindah yang hanya mampu terbalas dengan sujud patuh pada-Nya,

Memberi tanpa syarat dan hanya meletakkan cinta sebagai penguat,

Aku merenung diri…

Pernah juga aku dikhabarkan kisah mengenai syurga kerana si alis mata

Begitu indah pengakhiran husnul khatimah…

Itulah bukti ketaatan seorang hamba...

Moga sahaja diri ini bangkit dari kelalaian

Masamu semakin singkat, kesempatan hari ini belum tentu masih wujud hari esok…

Mentari tidak selamanya bersinar… kerana bulan menunggu waktu menggantikannya….

kecintaan pada yg ESA memerlukan sang hamba bersabar dalam setiap saat hela nafas dgn Ujian RABBNYA...

~~`keputusan demi keputusan mennti diri ini..apa perlu ku ungkapkan hnyalah ketentuan ALLAH dalam stiap perncnganNYA..DIAlah yg terbaik buat kita dlm mletakkan keputusan yg sgt getir dalam hidup ini...apa pun ku tetap berdoa agar dirinya terus thabat dalam perjuangan...thabat dlam terus berdoa..kerna ku tahu drinya sgt2 istiqamah dalam berjuang..hati seorang pejuang yg xgentar dgn desakan demi desakan..tetap tenang dalam melawan Arus provokasi...ku tetap berdoa agar dirinya terus thabat dalam berjuang..dn ku tahu ad yg lebih terbaik buat dirinya....pendorong juga sayap kirinya...kerna diri ni x layak berada dissinya..terlalu jauh untk memlikinya....~~~~ hati terus berbicara sendirian...dan ku bukn mahu reputasinya..popularitinya...tp yg ku mahu cuma secebis kasih dalam mendorong diri ini mnuju RABBNYA..dalam menuju ke arah Insan RabBani..mmbntuk diri mnjdi MURABBI kpd ank didik bangsa..~~~sedikit Coretan Hati yg usang~~~^_^VV..insan Hina..."Kuatnya CINTA pd ALLAH melahirkan kasih pd Manusia"


Thursday, August 26, 2010


Kita tidak pernah bersua

Apatah lagi berbual
Tidak pernah ku lihat dirimu
Apatah lagi menatap wajahmu

Tapi aku sentiasa merindui
Dirimu sentiasa menyayangiku
Mengasihiku sepenuh hati
Atas dasar akidah yang satu

Hatiku meruntun sayu
Cukup terharu mengucap syukur
Kerna dirimu masih mengingatiku
Walau nafasmu di hujung kalbu

Dirimu meninggalkanku sendiri
Aku sedih...mohon kekuatan
Al-Quran & SunnahMu jadi pegangan
Hingga akhir hayat pasti ku tetap dalam perjuangan

Ummati...Ummati...Ummati...
Panggilan manja buat diriku
Walau tika itu dirimu kesakitan
Walau hati menangis sepi
Diri ini ditinggalkan sementara

Wahai kekasih Allah S.W.T...
Rasulullah S.A.W...
Diri ini ingin bertemumu di syurga
Doakan diriku tabah berjuang
Di dunia akhir zaman
Yang pernah dirimu risaukan..

Sunday, August 22, 2010

Hari ini,
kutatap tenang biru langit Ramadhan
dalam syukur tak terhingga
kerna masih bisa kuhirup syahdu auranya
yang kurindu sentiasa.

Biru langit Ramadhan itu
bertandang bersama kurnia
seribu simpulan rasa
tak tertafsir dek kata-kata.

Kerap kurindu Ramadhan itu,
dalam rasa syahdu, mengisi sahur di hujung malam
kerna dalam jamahan yang sedikit
ada segunung berkat tersurat.

Kurindu Ramadhan itu
juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang
melewati waktu siang yang panas membahang
dalam perang hawa nafsu dan kelaparan
menguji iman.

Kurindu Ramadhan itu
tika mengadap iftar dalam syukur
dan genang airmata
kerna disetiap kali tanganku angkat dan doaku panjat
‘Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
dengan rezeki sekadar cuma.

Kurindu Ramadhan itu
tatkala khusyuk dalam qiam Tarawih
teguh hati mengadapnya
meminggir diri dari indah duniawi
solat dalam ikatan ukuwah
memohon rahmat dan barakah
juga redha-Nya.

Kurindu Ramadhan itu
pada hadir lazatnya rasa,
di setiap kesempatan
tika kualun indahnya ayat-ayat suci Al Quran
petunjuk sepanjang zaman.

Dan setiap musim
tika Ramadhan menghampiri hujungnya
ada sebak bertamu di hati
dan airmata tumpah di pipi
kerana aku tak pasti
masih adakah kesempatan
bertemu Ramadhan lagi...

Tuesday, August 10, 2010


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Friday, August 6, 2010



Ayuh kita koreksi diri sendiri, insaflah... bahawa kejayaan ini bukan milik kita!

*Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pula! Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Hah. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. Allah sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba Allah jika tidak menerima ujian yang Allah berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.