BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 13, 2010

Isu Pro Israel Kempen Murahan GM : ASPIRASI

Bangi- 12 Jan, Pihak Aspirasi mengeluarkan kenyataan tetang isu berkaitan Pro Israel sebagai kempen murahan GMUKM bagi mendapat simpati pengundi.
Aspirasi juga mendedahkan GMUKM ini rebranding nama yang dulunya dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian ditukar nama kepada MAMPU dan akhir sekali barulah GMUKM seperti yang ada sekarang.

“Strategi pilihanraya yang bankrap dan lapok ini sudah lama di amalkan oleh pelajar yang kononya Pro mahasiswa iaitu sejak ia dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian menukar namanya ke MAMPU dan seterusnya membuat rebranding menggunakan nama GMUKM yang menggunakan warna oren dan sekali lagi menukar kepada warna ungu sebagai warna pilihan. Pihak Aspirasi percaya, para mahasiswa/i yang bijaksana dapat berfikir dengan bijak tentang kempen murahan ini.

Pihak Aspirasi merasa malu dengan sikap pemimpin tersebut menuduh tanpa sebarang bukti, mungkin inilah nilai-nilai murni yang di bawa oleh GMUKM dalam perjuangannya. Pihak Aspirasi mengharapkan politik dan kempen murahan seperti di atas tidak dipraktikkan dalam perjuangan sebagai seorang mahasiswa/i. Pihak Aspirasi memohon agar semua kumpulan bertanding dengan mengamalkan sikap yang bersih dan cemerlang agar nama universiti sentiasa di jaga. Amalan memfitnah, mencaci, ekstrem, jumud, menolak kebudayaan, memaksa nilai terhadap individu lain, memboikot aktiviti yang tidak selari dengan kehendak mereka, sukar berunding dan suka mendemontrasi dan nilai-nilai di luar dari etika dan budaya kita harus dielakkan.

Ini antara kenyataan Aspirasi di dalam blog mereka.

Isu Pro Israel yang dilabelkan kepada GMUKM mendapat mengundang pelbagai pandangan dan pendapat. Disamping kedua-dua belah pihak iaitu Aspirasi dan juga GMUKM menuding jari sesama mereka.

Kehangatan pilihanraya kampus semakin dirasai dengan reaksi kedua-dua belah dalam memenangi hati mahasiswa UKM.




0 comments: