BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 20, 2009

Gerakkan ImAn YaNg TiAda PengHujunGnya

Mutiara Kata Secebis Kehidupan..

LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DIBELAKANG HATINYA... NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DIDEPAN HATINYA. " ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKAN. "ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MENGETAHUI KELEMAHAN & KEGAGALAN SENDIRI DARIPADA MENUNDING KESALAHAN KEPADA PIHAK LAIN." RAHSIA HATI SESEORANG IALAH SEDALAM SEBUAH LAUTAN "KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN... TERUSKAN PERJALANAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP..."INGATLAH SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN, DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN. "JIKA DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN, MENGAPA TIDAK KITA BANYAKKAN BEKALAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN?? KERANA KITA CUMA ADA SATU PERSINGAHAN..."JAGALAH DIRIMU BAIK-BAIK, USAHAKANLAH KEMULIAANNYA, KERANA ENGKAU DIPANDANG MANUSIA BUKAN KERNA RUPA TETAPI KERANA KESEMPURNAAN BUDI DAN ADAB."SEBAIK-BAIK KAYA IALAH KAYA HATI, SEBAIK-BAIK BEKAL IALAH TAKWA, SEBURUK-BURUK BUTA IALAH BUTA HATI DAN SEBESAR-BESAR DOSA IALAH BERDUSTA.JANGAN KERANA KEKECEWAAN SEMALAM, KAU LUPAKAN KEBAHAGIAAN HARI ESOK.PENGAKUAN LISAN TAK SAMA DENGAN APA YANG DILAKUKAN NYA.




MENCARI TEMAN SEJATI…..

Mencari teman sejati.Semua orang mencari teman sejati. Teman yang memahami dan dapat berkongsi segala susah, senang, suka dan duka.Teman yang segala-galanya baik dan sempurna untuk didampingi. Mereka tidak akan bersama teman yang nanti boleh mengkhianatinya, membongkar rahsia-rahsianya atau lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Dengan kata lain, manusia samada baik atau buruk perbuatannya pada perspektif umum, akan tetap memilih untuk bersama orang-orang yang baik pada pandangannya.Siapakah Teman Sejati?
Kita sering mencari teman yang bukan sekadar dapat berkongsi sesuatu malah dapat menyelaminya jauh ke dasar makna. Bukan sekadar dapat bersimpati terhadap musibah malah memiliki empati yang sangat halus meresap jiwa. Jauh sekali jika berteman tatkala senang, berenggang tatkala susah.Siapakah agaknya teman sejati? Orang yang bergelar kawan@ sahabat? Dan lebih suka dengan penggunaan istilah SAHABAT. Paling tepat untuk teman sejatai. Sahabat memiliki makna yang cukup dalam dan penuh rahsia. Padanya ada jawapan bagi sebuah keakraban. Mereka yang mendampingi Nabi s.a.w pun digelar sahabat. Ini member maksud yang cukup istimewa dan rapat. Rapat tidak semestinya bergandingan tangan apabila berjalan, namun perhubungan hati yang berbenih ketelusan dan kasih saying.Kata orang pula, kawan dan sahabat tak sama. Betul ke? Kawan, di mana2 pun boleh dapat, asalkan boleh bertegur sapa. Kadang-kadang, hanya bertemu di bus-stop sampuk-menyampuk tentang bus yang lambat datang pun dah boleh jadi kawan yang dapat duduk sebangku di warung kopi. Tapi, bila kita susah, kawan rapat bersentuh bahu pun tak tegur. Kita bagaikan orang asing untuk disapa. Lebih jauh lagi, mereka mengelakkan diri dan tak kurang pula yang menambahkan lagi beban di hati. Maka dapatlah jawapan, Oh….rupanya kawan hanyalah teman untuk ketawa bagi mengisi ruang kosong!!!Kenapa Perlukan Teman Sejati?
Hidup ini tentu sekali membosankan jika tiada teman di sisi. Apatah lagi tanpa teman sejati atau sahabat yang akrab. Teringat pula kisah Nabi Adam a.s semasa di syurga. Keseorangan …dan hidup sunyi walaupun di kelilingi pelbagai kenikmatan di syurgawi. Melihat burung berpasangan, timbullah pula rasa ingin berteman. Padanya lahirnya perasaan rindu. Rindu sebagai satu dorongan yang kuat untuk mendapat seorang teman. Padanya juga lahir perasaan cinta. Cinta yang menzahirkan perasaan yang suci dari lubuk hati. Lantas Allah Maha Mengetahui..Dia telah menciptakan teman bagi Adam a.s dari tulang rusuk kirinya. Tulang yang paling hampir dengan hati (sanubari), tempat terbitnya segala perasaan. Lantas, terciptalah Hawa, wanita sempurna yang memenuhi segala impian Adam a.s. Terubatlah kesunyiannya dan lahirlah keturunannya. Kitalah keturunannya, generasi yang bernama manusia!!!Bagaimanapun, apa yang ingin disampaikan di sini adalah lahirnya teman sejati itu adalah dari ketulusan hatinya sendiri. Sejauh mana kesucian dan ketinggian peribadinya, maka terbitlah teman itu dari pekertinya.


Mencari Teman Sejati?

Bayangkan tatkala kita dalam kesusahan. Paling mudah, kita dalam konflik permasalahan. Tertekan dengan banyak perkara dan memerlukan seseorang di sisi. Siapakah orang pertama yang terbayang di mata kita? Orang yang tatkala mengingatinya saja sudah memberikan kekuatan dan kedamaian pada hati. Orang yang kita anggap paling memahami dan paling dipercayai. Sekurang-kurangnya dapat member sokongan bagi mengatasi kebuntuan diri..Siapakah dia??Mengapa Sukarnya Mencarinya?
“Alangkah susahnya mendapat kawan..” (Dunia Yang Sepi- Hijjaz). Sebenarnya, kita tidak akan menemui teman sejati selagi mana kita tidak pernah menjadi seorang teman yang sejati kepada sesiapapun yang pernah berdampingan dengan kita. Orang lain juga sama seperti kita, mencari teman sejati. Jadi, mereka juga memilih dan berhati-hati. Jadilah teman sejati untuk orang lain , nanti kita akan mendapat teman sejati untuk diri sendiri. Jangan berangan untuk memperolehi teman yang baik jika kita tidak pernah menjadi teman yang baik untuk sesiapa pun. Sifirnya mudah, kita tidak akan dihormati jika kita tak tahu menghormati orang lain. Kita akan mendapat hasil dari benih yang kita tanam.

Bagaimana Mengenali Teman Sejati?

Diangkatnya sekumpulan ummah yang terdahulu sebagai sahabat di sisi baginda Rasulullah SAW adalah sebagai satu penghargaan dari ketulusan rohani dan semangat mereka yang telah sanggup berkorban jiwa dan raganya untuk Allah dan Rasul. Ungkapan “SAHABAT” itu telah menjadi sebegitu besar adalah sejajar dengan peranannya yang bukan sekadar pendamping dengan keriuhan dari keriangan hidup semata-mata malah ianya membawa satu makna sebagai kesanggupan untuk berkongsi kegetiran bersama malah berkorban demi satu jalinan persahabatan yang benar di sisi Tuhan.Manakala apabila kita ingin mengungkapkan makna persahabatan pada seseorang manusia tentu sekali tidak semudah sebutannya malah apabila difikirkan untuk melaksanakannya,ia boleh menjadi begitu rumit pula kerana padanya ada satu amanah yang perlu ditunaikan. Amanah itulah pula yang akan dapat memberikan kebahagiaan abadi jika benar-benar dilaksanakan. Lantas termasuklah mereka dalam kumpulan orang yang dijamin mendapat naungan ‘Arasy di mahsyar kelak kerana mereka adalah orang yang berkasih-kasihan kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Tidak ada pada mereka melainkan nasihat-menasihati demi kebaikan dunia dan akhirat dengan amar ma’ruf wanahi


munkarJawapan Bagi Teman Sejati............

Teman sejati adalah insan yang lahir daripada diri sendiri. Mereka adalah orang yang berada di sekeliling kita. Tidak terbatas oleh jantina atau usia bahkan mereka tidak semestinya sama seperti kita. Mereka mungkin dari kalangan rakan sebaya atau guru, atau juga ibu, ayah, abang, kakak, adik, isteri/suami atau bagi para waliyullah teman sejatinya adalah Tuhan.Paling penting, mereka ada pada rahsia hati. Tatkala bersama, ia bagaikan satu jaminan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kenapa tidak, jika wujudnya bagaikan cahaya yang sentiasa member sinar dalam merentasi kehidupan yang penuh onak dan duri. Nafasnya adalah syariat yang sentiasa bersandarkan kepada Allah dan Rasul. Padanya ada cermin yang dapat memperbetulkan kepincangan diri. Tetap berdiri di atas kebenaran hakiki demi sebuah jalinan diredhai Ilahi. Teman yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada Allah. Teman yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Teman yang tidak menjalinkan hubungan dengan kita atas sesuatu sebab atau demi kepentingan tertentu melainkan semata-mata KERANA ALLAH…

0 comments: